DBP perlu ambil tindakan sewajarnya dalam isu kalimah Allah

0
102

Sekretariat Pembela pusat bertemu dengan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Seri Prof. Dr Awang Sariyan

CYBERJAYA- Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) selaku badan berautoriti kerajaan terhadap segala komponen dalam Bahasa Melayu perlu megambil tindakan sewajarnya dalam isu kalimah Allah.

Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Aminudin Yahaya berkata, tindakan sewajarnya perlu diambil oleh DBP bagi menyelesaikan segala pertikaian yang timbul.

“Alhamdulillah, hari ini saya dan rakan-rakan NGO-NGO Islam dari Sekretariat Pembela pusat bertemu dengan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Seri Prof. Dr Awang Sariyan bagi membincangkan tentang isu Kalimah Allah 2.0.

“Kita menyampaikan kegusaran rakyat kepada pihak DBP tentang isu penyalahgunaan Kalimah Allah dan istilah lain seperti Baitullah, Kaabah dan Solat oleh agama lain terutamanya pihak gereja Kristian.

“Kita berharap agar pihak DBP yang merupakan badan berautoriti kerajaan terhadap segala komponen dalam Bahasa Melayu mengambil tindakan sewajarnya dalam isu ini untuk menyelesaikan segala pertikaian yang timbul,” katanya dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Menurut Aminudin, perjumpaan itu merupakan pelaksanaan resolusi kelima daripada kesemua enam Resolusi Persidangan NGO-NGO Islam bagi Kes Kalimah Allah 2.0 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur baru-baru ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here