Ekonomi negara meningkat kepada 7.5 peratus bermula pertengahan tahun ini

0
79
Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) mengunjur ekonomi negara berkembang pada kadar 6 hingga 7.5 peratus pada tahun ini.

Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus dalam Laporan Tahunan BNM 2020 berkata, perkembangan positif itu adalah ekoran langkah-langkah pemulihan yang diambil kerajaan sejak suku pertama tahun ini.

Beliau bagaimanapun menegaskan sebarang kelekaan dalam aspek pencegahan pandemik boleh menyebabkan penularan semula sekaligus mendorong penguatkuasaan semula langkah pemantauan yang ketat.

“Langkah yang dilaksanakan kerajaan dilihat memberi kesan pada perkembangan ekonomi pada suku pertama tahun ini.

“Perkembangan ekonomi yang ketara dijangka bermula pada suku kedua tahun ini yang disokong oleh faktor luaran dan dalaman,” katanya dalam sidang media secara maya hari ini.

Beliau berkata, antara faktor yang mempengaruhi perkembangan itu adalah permintaan serta pembukaan ekonomi global dan program vaksinasi yang membantu pemulihan pasaran tempatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here