Elak penalti, amalkan 8 tips ini ketika isi borang E-Filing

0
37342
Gambar hiasan

MUSIM pengemukaan borang cukai sudah tiba. Bagi pembayar cukai individu yang mempunyai pendapatan selain dari punca perniagaan, tarikh akhir untuk anda mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) ialah pada 30 April ini.

Manakala bagi individu yang mempunyai punca pendapatan perniagaan pula anda mesti mengemukakan borang nyata cukai pendapatan selewat-lewatnya pada 30 Jun setiap tahun.

Kami percaya bahawa ada dalam kalangan anda masih sibuk dengan urusan yang lain sehinggakan mungkin terlupa akan tanggungjawab anda dalam menguruskan perihal cukai pendapatan anda.

Kami amat memahami perkara tersebut, tetapi dalam masa yang sama kami juga tidak mahu anda dibebani dengan penalti atau denda atas kecuaian anda sendiri apabila gagal menguruskan perihal cukai anda dengan baik.

Sehubungan itu, di sini kami senaraikan beberapa tips yang boleh anda ikuti agar perihal cukai anda dapat diuruskan dengan cekap dan seterusnya mampu mengelakkan anda daripada dikenakan penalti oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Tips pertama:

Pastikan semua dokumen seperti penyata pendapatan, resit, invois dan lain-lain dokumen berkaitan cukai pendapatan dikumpulkan serta disusun dengan kemas bagi memudahkan urusan membuat pengisytiharan cukai pendapatan.

Penyediaan yang lengkap ini dapat mengurangkan kesilapan semasa pengisian BNCP yang akhirnya menyebabkan pendapatan terkurang lapor atau BNCP dianggap tidak lengkap oleh LHDN.

Setiap resit perlu disimpan rapi bagi memudahkan proses pengisytiharan cukai pendapatan

Tips kedua:

Buat pengiraan di dalam buku catatan terlebih dahulu agar semua pendapatan dan pelepasan cukai tidak lupa diisytihar dan dituntut apabila membuat pengisian borang nyata cukai nanti. Perkara yang perlu diambil berat adalah :

Laporkan amaun pendapatan yang betul dalam BNCP.

Jumlah pendapatan sampingan (jika ada) seperti freelance, part-time job, komisen, sewa, berniaga dan lain-lain yang perlu turut dilaporkan dimasukkan dalam BNCP.

Pelepasan-pelepasan cukai yang layak dituntut dalam pengiraan pendapatan bercukai.

Jumlah rebat yang layak dituntut merangkumi rebat individu dan rebat zakat.

Pendapatan yang terkurang lapor serta perbelanjaan dan pelepasan yang terlebih tuntut boleh menyebabkan anda dikenakan penalti menurut Seksyen 113 atau Seksyen 114 Akta Cukai Pendapatan 1967.

Penalti dan denda yang boleh dikenakan menurut seksyen-seksyen ini adalah seperti berikut:

Kesalahan, Denda dan Penalti

Jenis KesalahanPeruntukan Di Bawah ACP 1967Jumlah Denda (RM)
Tidak melaporkan pendapatan sebenar di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan113(1)(a)1,000.00 hingga 10,000.00 dan 200% atas cukai terkurang lapor
Memberi maklumat tidak tepat mengenai tanggungan cukai sendiri / orang lain113(1)(b)1,000.00 hingga 10,000.00 dan 200% atas cukai terkurang lapor
Sengaja mengelak cukai / membantu orang lain mengelak cukai114(1)1,000.00 hingga 20,000.00 / Penjara tidak melebihi 3 tahun / Kedua-duanya dan 300% atas cukai terkurang lapor
Membantu / menasihati orang lain dalam  114(1A)2,000.00 hingga 20,000.00 / Penjara tidak melebihi 3
penyediaan Borang Nyata Cukai Pendapatan menyebabkan terkurang cukaitahun / Kedua-duanya

Tips ketiga:

Pastikan anda mengemukakan BNCP yang betul berdasarkan sumber pendapatan anda. Ini bagi memastikan anda kemukakan borang nyata dalam tempoh yang ditetapkan dan mengelakkan penalti kerana terlewat mengemukakan borang nyata cukai.

Kesilapan dan kelewatan mengemukakan BNCP boleh menyebabkan anda dikenakan penalti menurut seksyen 112 ACP 1967. Punca pendapatan, jenis borang nyata cukai dan tarikh akhir pengemukaan borang nyata cukai bagi pembayar cukai individu adalah seperti berikut:

Punca PendapatanJenis Borang Nyata CukaiTarikh Akhir Pengemukaan Borang Nyata Cukai

Pendapatan selain daripada perniagaan
Borang BEBorang M (Bagi Individu Bukan Pemastautin)
30 April SETIAP TAHUN

Pendapatan daripada perniagaan
Borang BBorang M (Bagi Individu Bukan Pemastautin)
30 Jun SETIAP TAHUN

Tips keempat:

Kemukakan BNCP anda pada awal tempoh untuk mengelakkan kesilapan akibat tergesa-gesa dalam mengisi borang nyata cukai tersebut. Kebaikan mengisi dan menghantar BNCP pada awal tempoh ialah:

i: Mengurangkan risiko kesilapan semasa pengisian.

ii: Mengelakkan penalti dikenakan atas kesilapan mudah.

Proses Bayaran Balik Cukai menjadi lebih mudah dan pantas sekiranya maklumat lengkap dikemukakan.

Menjimatkan masa dan tenaga kerana BNCP dihantar dengan sempurna.

Tips kelima:

Bagi pembayar cukai dan pasangan yang mempunyai jumlah pendapatan, pemilihan sama ada membuat taksiran berasingan atau taksiran bersama hendaklah dibuat.

Lakukan kiraan terlebih dahulu bagi menentukan jenis taksiran manakah yang akan memberikan lebih penjimatan cukai dan menguntungkan anda serta pasangan anda.

Tips keenam:

Buat bayaran amaun cukai yang kena dibayar dalam tempoh yang ditetapkan. Konsep sistem taksir sendiri yang diamalkan dalam sistem percukaian negara pada masa kini meliputi proses Mengisi Borang Nyata Cukai, Mengemukakan Borang Nyata Cukai dan Membuat Bayaran Cukai Yang Kena Dibayar atau ringkasnya Isi > Hantar > Bayar.

Kelewatan anda dalam melunaskan bayaran cukai yang kena dibayar boleh mengakibatkan kenaikan sehingga 10 peratus menurut Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan dikenakan terhadap anda.

Pelanggan sedang berurusan di pejabat LHDN

Bayaran Cukai Pendapatan

Jenis KesalahanPunca PendapatanPeruntukan Di Bawah ACP 1967Penalti
Membayar cukai selepas 30 AprilSelain
Perniagaan
Seksyen 103(3)Mulai 1 Januari 2020

10% kenaikan daripada cukai yang kena bayar
Membayar cukai selepas 30 JunPerniagaan

Tips ketujuh:

Simpan dokumen percukaian anda dengan teratur selama tempoh tujuh tahun bermula dari tarikh taksiran anda dibangkitkan. Tanggungjawab ini diperuntukkan di bawah seksyen 82 dan 82A Akta Cukai Pendapatan 1967. Kegagalan anda mematuhi peruntukan ini boleh mengakibatkan anda dikenakan tindakan menurut seksyen 119 ACP 1967. Dokumen dapat disimpan melalui kaedah yang berikut :

Hardcopy – disimpan di dalam fail dan difotokopi.

Softcopy – dokumen diimbas (scan) / snap oleh kamera dan disimpan di dalam komputer / e-mel / online storage.

Penyimpanan dokumen yang teratur dapat memudahkan urusan anda semasa anda dipanggil untuk sesi audit dan siasatan di kemudian hari.

Jenis KesalahanPeruntukan Di Bawah ACP 1967Jumlah Denda (RM)
Tidak menyimpan rekod119A300 hingga 10,000 / penjara tidak melebihi satu tahun/ kedua-duanya

Tips kelapan dan terakhir:

Dapatkan nasihat yang betul daripada LHDN atau perunding cukai bertauliah. Jangan sesekali merujuk masalah cukai anda kepada pihak yang tidak arif mengenai undang-undang dan peraturan cukai pendapatan. Senarai perunding cukai (ejen cukai) bertauliah boleh disemak melalui portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my > Ejen Cukai > Cari Ejen Cukai.

Oleh: Bahagian Komunikasi, Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif LHDN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here