Gelang teknologi tinggi untuk pengesanan Covid-19

0
143

PUTRAJAYA : Individu yang dijangkiti atau menjadi kontak rapak dengan pesakit Covid-19 akan dipakaikan gelang pengesanan berteknologi tinggi bermula 11 Mac ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, selain kelompok berkenaan, pemakaian peranti itu juga akan melibatkan individu dalam pengawasan (PUS)

Pelaksanaan itu termasuk dalam lima peruntukan baharu yang dimasukkan ke dalam Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021.

“Tiga kategori akan diberikan gelang tersebut bagi tujuan pengawasan.

“Setakat ini terdapat model-model yang digunakan. Pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan membuat keputusan tidak lama lagi,” katanya memetik laporan Astro Awani hari ini.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Gambar hiasan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here