Guru campak murid dipanggil polis

0
451
Tangkap layar video yang memaparkan seorang guru wanita mencampakkan salah seorang muridnya yang tular hari ini.

SHAH ALAM – Guru tadika wanita yang mencampak seorang kanak-kanak yang merupakan anak muridnya dipanggil polis untuk diambil keterangan selepas video rakaman perbuatannya itu tular hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, guru yang dipercayai suspek dalam video itu dipanggil setelah polis menerima laporan daripada ibu kepada murid berkenaan.

Katanya, laporan polis sudah dibuat oleh ibu kanak-kanak tersebut dan kes yang dipercayai berlaku di sebuah tadika di Jalan Kebun itu masih dalam siasatan.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang mana jika disabitkan kesalahan, guru terbabit boleh dikenakan denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya sekali,” katanya pada Jumaat.

Video tular berdurasi 10 saat yang dimuat naik dalam media sosial itu memaparkan seorang guru wanita mengangkat seorang kanak-kanak sebelum bertindak mencampaknya ke lantai di depan murid-murid lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here