Hargai `frontliners’, anggota polis IPK Hulu Selangor terima pek makanan

0
100
KHAIRUL AZHARI SAUT (enam dari kanan) menyerahkan pek makanan kepada Supt. Arsad Kamaruddin di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor, di Kuala Kubu Bharu, baru-baru ini.

KUALA KUBU BAHRU -Sebagai menghargai jasa dan sumbangan barisan hadapan dalam memerangi Covid-19 di negara ini, Kelab Pesona Selangor (PESONA) dengan kerjasama Rangkaian Restoran Salam mengagihkan 200 pek makanan tengahari kepada anggota polis dan petugas sekatan jalan raya (SJR) di kawasan Hulu Selangor.

Sumbangan juadah nasi beriani dan roti itu disampaikan oleh Pengerusi PESONA, Khairul Azhari Saut kepada Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Arsad Kamaruddin di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di Kuala Kubu Bharu di sini.

Turut hadir pada majlis penyerahan tersebut pemilik Rangkaian Restoran Salam Sentosa merangkap Naib Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Abdul Mukthair M. Ibrahim.

Menurut Khairul Azhari, inisiatif itu sebahagian daripada tanggungjawab sosial serta tanda sokongan kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus menjalankan tugas di saat dunia sedang dilanda pandemik Covid 19.

“Sumbangan ini tidak mampu untuk membalas jasa petugas barisan hadapan. Akan tetapi ia manifestasi sokongan pihak kami terhadap pengorbanan kumpulan ini.

“Kita berharap ia sedikit sebanyak dapat menceriakan mereka sekali gus menunjukkan kebersamaan pihak kami dalam memberi sokongan untuk kita bersama melawan Covid-19,”katanya.

PESONA sebelum ini turut bergerak menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas kepada golongan kurang berkemampuan yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan Covid-19.

KHAIRUL AZHARI SAUT (dua dari kanan) dan Supt Arsad Kamaruddin pada majlis pek makanan kepada anggota polis dan petugas sekatan jalan raya di Ibu PejabatPolis Daerah Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu,baru-baru ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here