Hayati makna dan ruh disebalik peristiwa Israk dan Mikraj – PM

0
125

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru umat Islam di seluruh negara untuk menghayati makna dan ruh di sebalik peristiwa Israk dan Mikraj agar diberkati dan dirahmati Allah dunia dan akhirat.

Perdana Menteri berkata, penghayatan terhadap peristiwa Israk dan Mikraj mampu menjadikan seseorang itu manusia yang sentiasa berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran

“Kepada semua muslimin dan muslimat, marilah sama-sama kita  menghayati makna dan ruh di sebalik peristiwa Israk dan Mikraj agar kita semua diberkati dan dirahmati Allah dunia dan akhirat.

“Pada setiap 27 Rejab, umat Islam biasanya akan meraikan sambutan ini dengan pelbagai acara seperti ceramah, forum perdana, takzirah dan sebagainya. Situasi semasa Covid-19 menyaksikan sambutan ini terpaksa diraikan dalam suasana norma baharu dan bersederhana. 

“Namun, saya percaya peristiwa besar perjalanan penuh mukjizat Rasulullah ini dapat dihayati sebaik-baiknya oleh seluruh umat,” katanya dalam hantaran di laman Facebook miliknya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here