Hong Kong, Macau gantung penggunaan vaksin BioNTech

0
102

HONG KONG – Pihak berkuasa Hong Kong dan Macau menggantung sementara proses vaksinasi di kedua negara tersebut berikutan laporan vaksin Cominarty yang diterima disyaki tercemar.

Menurut portal The South China Morning Post, laporan itu diterima daripada pengeluar vaksin tersebut, iaitu Pfizer/BioNTech.

Antara lain, laporan tersebut menyebut, terdapat kemungkinan dos dengan nombor siri keluaran 210102 dan 210104 itu mempunyai sedikit kerosakan pada pembungkusannya, sekaligus membuatkan isi kandungan vaksin itu tercemar.

Keputusan menggantung program vaksinasi itu diambil setelah mengambil kira keselamatan awam, dan bagi siasatan menyeluruh dapat diadakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here