I-Sinar bagi permohonan terdahulu dibayar hari ini

0
172
Gambar hiasan.

CYBERJAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan permohonan i-Sinar yang dibuat sebelum 25 Februari akan diberi kelulusan secara berperingkat dan bayaran akan dibuat bermula hari ini.

KWSP berkata, ia melibatkan permohonan yang masih menunggu keputusan dan yang berstatus tidak lulus, sebelum penambahbaikan i-Sinar tanpa kriteria diumumkan kerajaan.

“KWSP menghargai kesabaran ahli ketika proses ini sedang berjalan.

“Jika ahli mendapati status permohonan masih tiada sebarang perubahan, semakan boleh dibuat pada hari-hari berikutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, permohonan baharu yang mencerminkan pemansuhan kriteria akan dibuka bermula 8 Mac 2021 kepada semua ahli di bawah umur 55 tahun, tertakluk kepada baki di dalam Akaun 1 ahli.

“Ini termasuk ahli KWSP bukan warganegara Malaysia. Permohonan baharu ini akan diproses dalam tempoh lima hari bekerja dan selepas tempoh ini, ahli boleh mula menyemak status permohonan dan tarikh bayaran.

“Bermula 8 Mac 2021 juga, ahli akan diberikan kelonggaran untuk membuat pindaan pada butiran permohonan seperti jumlah dipohon, maklumat bank, alamat, nombor telefon serta mod bayaran di laman i-Sinar Online,” jelasnya. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here