Illi Najwa masih beragama Islam

0
566
Illi Najwa (kiri) ketika menerima menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim hari ini

CYBERJAYA – Rakyat Malaysia yang berkahwin dengan Kapten Hoki India, Manpreet Singh Pawar sehingga menimbulkan kontroversi, Illi Najwa Anuar Hussein Saddique mengesahkan dirinya masih beragama Islam.

Perkara it disahkan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang berkenan menerima mengadap Illi Najwa
di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru hari ini.

Menerusi satu kenyataan dalam laman Facebook rasmi baginda, turut mengiringi bersama ialah Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Datuk Md Rofiki Shamsudin.

Pada pertemuan itu Mufti Johor turut mempersembahkan hasil siasatan JAINJ berhubung status perkahwinan dan keagamaan Illi Najwa bersama pasangan.

Perkahwinan pasangan ini mencetuskan kontroversi kerana dikatakan melanggar hukum syarak

Yahya berkata, siasatan secara menyeluruh telah dijalankan oleh JAINJ dan mendapati Illi Najwa masih Islam.

“Pihak JAINJ telah memanggil Illi Najwa bersama ibunya serta beberapa saksi lain dan keterangan juga diambil daripada mereka.

“Hasil siasatan mendapati Illi Najwa tidak pernah keluar dari Islam, malah pada hari ini beliau juga hadir bersama kami untuk mengadap Baginda Tuanku Sultan,” katanyanya.

Sementara itu, Yahya berkata, pendaftaran perkahwinan pasangan itu di Johor Bahru juga kini dalam proses.

“Tiada ada apa-apa masalah untuk didaftarkan perkahwinan mereka dan isu ini juga sudah selesai,” katanya.

Pada Disember lalu, Sultan Johor menitahkan JAINJ dan Jabatan Mufti Johor menyiasat status terkini agama wanita berkenaan yang dilaporkan berkahwin dengan Kapten Hoki India.

Turut mengiringi bersama ialah Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Datuk Md Rofiki Shamsudin.

Sultan Johor bertitah, sebagai Ketua Agama Islam Johor, baginda bertanggungjawab memelihara kedudukan Islam supaya sentiasa terpelihara dan dipandang mulia selari dengan Perkara 57 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dan Perkara 3 Perlembagaan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here