Isu AstraZeneca: WHO mahu program vaksinasi dunia diteruskan

0
45
Christian Lindmeier

CYBERJAYA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mahu dunia meneruskan kempen vaksinasi walaupun beberapa negara telah mengumumkan penggunaan vaksin Covid-19 AstraZeneca yang dikaitkan dengan masalah pembekuan darah.

Jurucakap WHO, Christian Lindmeier memaklumkan pihaknya sedang mengkaji semula laporan-laporan berkaitan vaksin itu dan akan menerbitkan hasil dapatannya secepat mungkin.

Lindmeier berkata, WHO kekal dengan pendirian untuk melihat kempen vaksinasi diteruskan dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19

“Ia mungkin tidak akan mengubah saranan yang dikeluarkan pada bulan lalu bagi penggunaan secara meluas, termasuk di negara-negara yang mana keberkesanan vaksin mungkin terjejas akibat varian Afrika Selatan.

“Setakat hari ini, tiada bukti bahawa insiden-insiden itu disebabkan oleh vaksin tersebut,” katanya memetik laporan agensi berita Reuters.

Beberapa negara di Kesatuan Eropah termasuk Denmark dan Norway sebelum ini mengumumkan penangguhan suntikan vaksin Astrazeneca yang dipercayai mempunyai kaitan dengan masalah pembekuan darah.

Perdana Menteri Perancis, Emmanuel Macron berkata, Perancis akan berhenti menggunakan vaksin itu sementara menanti penilaian oleh pengawal selia perubatan Kesatuan Eropah.

Sementara itu, Jerman semalam mengumumkan ia akan menggantung vaksinasi AstraZeneca, menyusuli saranan dari Institut Paul Ehrlich serta badan penguasa yang bertanggungjawab atas vaksinasi di negara itu.

Menurut Perdana Menteri Itali, Mario Draghi pula mengumumkan membuat keputusan menggantung penggunaan vaksin itu setelah berbincang dengan menteri kesihatannya.

Iceland dan Bulgaria sebelum ini juga menggantung penggunaannya manakala Australia berhenti menggunakan kumpulan-kumpulan vaksin tertentu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here