Isu Kalimah Allah 2.0: Pertemuan Pembela bersama Menteri Agama bukan ‘sembang kosong’

0
134
Aminuddin Yahaya menyerahkan resolusi yang digariskan oleh NGO-NGO Islam kepada Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al Bakri semalam

CYBERJAYA – Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Aminuddin Yahaya menegaskan pertemuan pihaknya bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al Bakri semalam sebagai bukan perjumpaan biasa.

Sebaliknya, beliau berkata, dalam pertemuan tersebut, Pembela memberikan solusi dan senarai tindakan yang perlu ambil oleh kerajaan melalui Menteri Agama dalam kes Kalimah Allah 2.0.

Beliau berkata, ia susulan daripada enam resolusi yang digariskan menerusi Persidangan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Dalam Kes Kalimah Allah 2.0.

“Kami telah menyerahkan memorandum tuntutan kita dalam kes ini kepada beliau.

“Insya-Allah, kita akan ‘follow-up’ Menteri Agama dari semasa ke semasa dan berusaha untuk melaksanakan gerak-gerak kerja bagi kesemua resolusi yang digariskan,” katanya dalam satu kenyataan.

Persidangan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Dalam Kes Kalimah Allah 2.0.

Kelmarin, dalam persidangan tersebut, antara resolusi yang digariskan ialah menggesa supaya diadakan Komiti Persefahaman NGO Islam (KPNI) antara kementerian dan Pembela (yang mewakili NGO Islam).

Selain itu, kerajaan juga digesa menyemak semua peruntukan undang-undang di persekutuan dan negeri bagi meminda apa-apa fasa yang penting bagi menjamin keabsahan Islam.

Pada masa sama, kerajaan juga digesa memperkasakan Mahkamah Syariah dengan menaik taraf selaras dengan Mahkamah Sivil.

Sementara itu, Aminuddin berharap semoga dengan usaha yang diambil it dapat menjadi motivasi dan semangat kepada NGO-NGO Islam di setiap negeri agar segera bertindak, iaitu ‘engage’ dengan majlis agama Islam negeri masing-masing.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here