JAIS minta bantuan polis untuk cari dan tahan Nur Sajat

0
188
Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzman, 36, ketika ini menghilangkan diri

CYBERJAYA – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) meminta bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjejaki dan menangkap usahawan kosmetik, Nur Sajat.

Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzman, 36, ketika ini menghilangkan diri selepas dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed seperti dilaporkan Kosmo hari ini berkata, JAIS telah meminta bantuan pihaknya untuk menahan Nur Sajat.

“JAIS telah hantar surat minta bantuan dan kita akan bantu kesan Nur Sajat,” katanya seperti dilaporkan Kosmo hari ini.

Nur Sajat pada Selasa lalu dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam selepas tidak hadir sebutan semula kes berhubung menghina Islam.

Media sebelum ini melaporkan JAIS telah menyerbu kediaman Nur Sajat di Seksyen 10, Kota Damansara semalam namun usahawan kontroversi itu tiada dan dipercayai telah melarikan diri. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here