Jakel tawar RM15 juta kepada pelanggan melalui Jakel Cash Back Deals

0
137
Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel ketika bercakap kepada pemberita semalam

KUALA LUMPUR – Kumpulan Jakel memperuntukkan pulangan tunai berjumlah RM15 juta kepada pelanggannya menerusi kempen Jakel Cashback Deals yang bermula dari 12 Februari lalu hingga 13 April ini.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, sehingga Selasa lalu lebih 100,000 pelanggan Jakel telah menikmati pulangan tunai dengan nilai ke­seluruhan RM4.27 juta.

Beliau berkata, menerusi kempen itu, pelanggan yang berbelanja minimum RM100 di semua cawangan Jakel di seluruh negara atau secara online akan menerima pulangan tunai sebanyak 10 peratus daripada harga jualan.

Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel menunjukkan antara promosi yang terdapat di Jakel

“Kempen ini melibatkan semua barangan yang dijual, termasuk item promosi tanpa mengira mod pembayaran sama ada menggunakan wang tunai, kad kredit atau dompet elektronik Boost dan Grabpay.

“Saya percaya ini adalah kempen yang pertama seumpama­nya di negara ini. Biasanya pulangan tunai diberikan dalam bentuk kredit, baucar atau rebat tambahan.

“Namun, kami memberi wang tunai supaya pelanggan boleh membelanjakannya mengikut keperluan dan kehendak mereka. Kami sanggup mengorbankan keuntungan yang sudah sedia tipis supaya pelanggan berasakan diri mereka dihargai, terutamanya dalam suasana ekonomi yang mencabar kini.

“Sekiranya pulangan balik diberikan dalam bentuk baucar, kami tidaklah begitu terkesan namun saya anggap ini sebagai salah satu daripada strategi pelaburan,” katanya kepada pemberita di Jakel Mall ­semalam.

Menurut Mohamed Faroz, bagi memeriahkan suasana, pihaknya akan mengadakan kempen Jakel Barulah Raya 2021 selama sebulan bermula 14 Mac hingga 13 April ini yang menawarkan diskaun sehingga 75 peratus.

“Untuk tahun 2021, lebih daripada 100 rekaan baju siap de­ngan fesyen terkini termasuk baju Melayu, kurta, baju kurung dan koleksi kanak-kanak akan ditawarkan secara berperingkat bermula pertengahan Mac ini sempena hari raya Aidilfitri.

“Tahun lalu, kami tidak membawa masuk produk baharu sempena Aidilfitri disebabkan Covid-19,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here