Jakim agih RM32.65 j untuk bantuan RM500 one-off ahli agama

0
310
Grafik sumber JAKIM.

CYBERJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengumumkan telah menyalurkan peruntukan bayaran khas RM500 kepada penerima terdiri daripada imam, bilal, siak, noja, merbut, guru takmir dan guru KAFA di seluruh negara.

Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, bayaran khas secara one off untuk tahun 2021 kepada 65,396 orang penerima itu melibatkan peruntukkan berjumlah RM32.65 juta.

Beliau berkata, bayaran akan disalurkan oleh agensi berkuasa negeri dan dijangka dilakukan tidak lama lagi.

“Bayaran melibatkan 11,108 orang imam; 15,768 bilal, noja, siak dan merbot; 3,620 orang guru takmir dan 34,900 guru KAFA,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Kerajaan melalui Belanjawan 2021 mengumumkan peruntukan RM1.4 bilion bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri.Bantuan itu merupakan sebagai menghargai guru dan ahli agama sebagai penggerak komuniti. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here