Jualan madu asli semakin meningkat

0
116
Madu asli mempunyai pelbagai khasiat

CYBERJAYA – Jumlah dagangan eksport dan import madu asli di Malaysia meningkat sebanyak RM3.1 juta kepada RM54 juta bagi 2020 berbanding RM51 juta pada 2019.

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dalam kenyataan berkata, jumlah dagangan madu diproses pula ialah sebanyak RM597.3 juta.

“Malaysia mengeksport madu asli ke 10 negara iaitu ke ke Singapura, China, Somalia, Taiwan, Indonesia, Algeria, Hong Kong, Yemen, Brunei dan Amerika Syarikat

“Nilai keseluruhan eksport ke 10 buah negara berkenaan ialah sebanyak RM5.03 juta,” kata Matrade dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Matrade, jumlah eksport paling tinggi ialah Singapura iaitu RM2,856,146, diikuti China (RM446,394), Somalia (RM320,160) dan Taiwan (306,775).

“Selebihnya Indonesia (RM302,867), Algeria (RM281,419), Hong Kong (RM274,360), Yemen (RM230,804), Brunei (RM129,990) dan Amerika Syarikat (RM119,332),” katanya.

Sementara itu, katanya, jumlah import madu pula sebanyak RM44,461,790.

“Ia membabitkan import dari China sebanyak RM8,472,776, Taiwan (RM7,800,068), New Zealand (RM7,929,146), Australia (RM8,750,219), Thailand (RM4,666,905).

“Diikuti Amerika Syarikat (RM2,698,398), Argentina (1,478,955), Iran (RM1,047,418), India (RM849, 775) dan Perancis (RM768,130),” katanya.

Dalam pada itu katanya, madu dikategorikan kepada dua jenis berdasarkan kod sistem terharmoni (HS Code) iaitu madu asli dan madu diproses.

“Madu proses adalah campuran gula (termasuk gula songsang (gula ringkas glukosa dan fruktos), gula lain dan air gula campuran yang mengandungi dalam keadaan kering 50 peratus berat fruktosa,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here