Kalimah Allah: Hormati keputusan mahkamah – Hamzah

0
155
Datuk Seri Hamzah Zainudin

CYBERJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memutuskan tindakan susulan daripada aspek perundangan selepas menerima alasan penghakiman secara bertulis dari pihak Mahkamah Tinggi berhubung isu kebenaran menggunakan kalimah Allah kepada bukan Islam.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya mengambil maklum keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam berkaitan isu kalimah “Allah” dan hal-hal lain yang telah dibawa oleh Jill Ireland Lawrence Bill terhadap KDN.

“Sehubungan itu, saya menyeru semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi mahupun tafsiran sendiri ke atas keputusan tersebut.

“Dan meminta semua pihak untuk menghormati proses perundangan dan kehakiman negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Mahkamah Tinggi memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan lain, dalam penerbitan agama itu, untuk pendidikan dalam komuniti mereka.

Selain kalimah Allah, Mahkamah Tinggi semalam juga memutuskan tiga perkataan lain iaitu solat, Kaabah dan Baitullah yang sinonim digunakan oleh umat Islam juga dibenarkan kepada orang Kristian.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here