Kedai Rakyat 2.2 di Malakat Mall Masjid Tanah

0
507

Malakat Mall Masjid Tanah

MASJID TANAH – Penduduk sekitar Masjid Tanah boleh mendapatkan barangan pada harga RM2.20 di Kedai Rakyat 2.2 di Malakat Mall Masjid Tanah.

Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim berkata, Kedai Rakyat 2.2 itu diwujudkan oleh Malakat Mall hasil inspirasi daripada Kedai Eco.

Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim

“Di Malakat Mall Masjid Tanah kita ada Kedai Rakyat 2.2 yang diinspirasikan daripada Kedai Eco. Kita ada seksyen cukup besar untuk kedai ini di sini.

“Cawangan kedua Kedai Rakyat 2.2 ini akan di buka di Malakat Mall Cyberjaya,” katanya ketika ditemui Malakat Tribune di Malakat Mall Masjid Tanah hari ini.

Pasukan Malakat Mall sibuk membuat persiapan akhir di Malakat Mall Masjid Tanah

Menurut Mohd. Fadzil, pihaknya menyasarkan untuk membuka 1,000 cawangan Kedai Rakyat 2.2 di seluruh negara pada masa akan datang.

“Sasaran kita ialah jika Malakat Grocer ada 1,000 cawangan, Kedai Rakyat 2.2 juga kena ada 1,000 cawangan.

“Sebenarnya Kedai Rakyat 2.2 ini kedai strategik kita yang kelima selepas Malakat Grocer, Conteng, DIY Malaya dan Malakat Pharmacy.

“Kedai-kedai ini mampu bersaing dalam apa jua pasaran dan keadaan termasuk kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here