Kementerian arah kerja pembinaan di Alam Damai dihentikan

0
259
Salah seorang pekerja warga China yang maut dalam kemalangan di tapak SUKE di Jalan Alam Damai, pagi ini.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya mengarahkan kerja-kerja pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) di Jalan Alam Damai, di sini dihentikan sementara waktu.

Menteri Kanan (Kerja Raya), Datuk Seri Fadillah Yusof turut mengarahkan pemaju projek mengemukakan laporan penuh berhubung kemalangan yang mengorbankan tiga orang pekerja projek itu pagi ini.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan membenarkan sebarang kerja-kerja di tapak projek tanpa mengaudit sistem keselamatan yang dikemukakan oleh pihak pemaju yang kemudian akan dinilai oleh pihak berkenaan.

“Keutamaan kita sekarang daripada pihak-pihak berkuasa adalah untuk stabilkan kerja-kerja penyelenggaraan dan memastikan keselamatan tapak yang dijangka akan dapat diselesaikan malam ini.

“Kita juga mengarahkan syarikat pemaju memastikan sudut dan langkah keselamatan yang sepatutnya sekiranya mahu meneruskan kerja pembinaan di kawasan ini demi keselamatan orang ramai, ’’ katanya  ketika melawat tapak kejadian hari ini.

Menteri Kanan (Kerja Raya), Datuk Seri Fadillah Yusof semasa membuat tinjauan di lokasi kejadian komponen kren gantri yang terjatuh di tapak pembinaan SUKE di Persiaran Alam Damai./ foto-Farid Janudin

Dalam kejadian pukul 8.30 pagi ini, tiga warga China disahkan maut apabila terjatuh dari ketinggian 120 meter ketika bekerja di kren pelancar yang digunakan dalam projek di Persiaran Alam Damai di sini tumbang.

Kemalangan turut menyebabkan seorang pemandu kereta yang melalui kawasan itu cedera parah. 

Jelas beliau, maklumat awal mendapati kejadian berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan sedang dijalankan di bahagian atas struktur.

Sementara itu,, Fadillah berkata pihaknya juga akan mengarahkan syarikat pemaju untuk menyediakan laluan alternatif kepada penduduk sebuah apartment yang menggunakan laluan ini.

Fadillah Yusof semasa membuat tinjauan di lokasi kejadian komponen kren gantri yang terjatuh di tapak pembinaan SUKE di Persiaran Alam Damai./ foto-Farid Janudin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here