Kenyataan Nur Sajat perlu dipandang serius

0
180
Nur Sajat ketika ini menghilangkan diri selepas waran tangkap dikeluarkan terhadapanya

CYBERJAYA – Kenyataan Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat, 36, yang meluahkan niat seakan-akan mahu keluar agama Islam perlu dipandang serius.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah berkata, kenyataan yang berbaur ancaman murtad itu dilihat boleh memberi kesan mendalam terhadap umat Islam negara ini.

“Kita memandang serius perkara ini kerana bimbang segelintir masyarakat berasa keliru dengan anggap perbuatan itu normal dan tidak menyalahi agama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam tular klip video pengakuan Nur Sajat menerusi media sosial seolah-olah mahu murtad selepas beberapa perkara berlaku terhadap dirinya.

Nur Sajat mendakwa kecewa apa yang berlaku kepada dirinya setelah Mahkamah Tinggi Shah Alam mengenakan waran tangkap kerana tidak hadir kes hina Islam.

Ini disusuli tindakan Jabatan Agama Islam Selangor menyerbu kediamannya di Seksyen 10, Kota Damansara dekat sini namun gagal menemuinya dipercayai bersembunyi di lokasi lain.

Menurut Luqman, kenyataan kontroversi yang dikeluarkan Nur Sajat itu dikhuatiri akan membuka kepada pintu-pintu keburukan lain dalam masyarakat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here