Keputusan mahkamah benarkan bukan Islam guna kalimah Allah satu detik hitam kepada umat Islam

0
411
Datuk Zainul Rijal Abu Bakar

CYBERJAYA – Keputusan Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak menggunakan kalimah “Allah dan tiga perkataan lain dalam penerbitan agama mereka merupakan satu titik hitam dalam perjuangan memartabatkan perundangan Islam dalam negara ini.

Presiden Persatuan Peguam- Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, walaupun terdapat syarat dikenakan iaitu penafian hanya untuk orang Kristian dan lambing salib mestilah diletakkan di hadapan kulit buku, ia sangat mengejutkan umat Islam arus perdana.

“Sehingga kini saya masih belum mendapat akses kepada penghakiman penuh keputusan tersebut, oleh yang demikian saya tidak dapat memberi komentar kepada penghakiman itu.

“Walaupun begitu penghakiman mahkamah tinggi ini dilihat bertentangan dengan penghakiman Mahkamah Persekutuan di dalam kes Titutar Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur melawan Menteri Dalam Negeri.

“Mahkamah Tinggi perlu menjelaskan kenapakah ia tidak mengikuti ‘precedent’ Mahkamah Persekutuan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau turut menggesa pihak yang terlibat di dalam prosiding mahkamah tersebut merayu terhadap keputusan hari ini ke mahkamah yang lebih tinggi lagi.

Lebih menyedihkan, katanya, keputusan itu diputuskan selepas satu-satu kes cabaran terhadap perundangan syariah dibuat.

“Sebagaimana dalam laporan media, penghakiman dilaporkan sebagai menjamin hak perlembagaan untuk mengamal agama seseorang yang dikatakan disekat oleh keputusan menteri.

“Hakim Mahkamah Tinggi dilaporkan berkata mahkamah membenarkan deklarasi yang dipohon kerana pemohon dijamin hak samarata dan kebebasan beragama.

“Ironinya beberapa minggu lepas apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan seksyen 28 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Selangor tidak berperlembagaan dan tidak sah tiada pula diulas hak orang Islam mengamalkan agamanya untuk tidak mengamalkan persetubuhan luar tabie dan tanggungjawab beragama mencegahnya,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya penghakiman mahkamah itu diteliti dan dikaji kesannya.

Katanya, setakat ini undang-undang sekatan dan kawalan pengembangan agama bukan Islam berdasarkan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan telah pun ada di semua negeri di Malaysia selain Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here