Kerajaan komited sediakan rumah mampu milik, jaga kebajikan rakyat – Muhyiddin

0
86
GAMBAR MEDIA SOSIAL

KUALA LUMPUR – Kerajaan komited menyediakan perumahan mampu milik yang selesa buat golongan B40 dan miskin bandar, dan pada masa yang sama menjaga kebajikan mereka.

Kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, walaupun berdepan dengan cabaran nilai hartanah yang semakin tinggi, kerajaan akan tetap memastikan hanya yang terbaik akan dilaksanakan, lapor Bernama.

Muhyiddin berkata demikian pada majlis penyerahan kunci kepada pemilik Residensi Razakmas2, disini hari ini.

“Dalam menyahut cabaran-cabaran yang saya sebutkan ini, baru-baru ini kerajaan melalui Kementerian Wilayah Persekutuan telah melancarkan Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Kuala Lumpur.

“Panduan ini bertujuan untuk membangunkan semula kawasan usang dan tidak ekonomik seperti Perumahan Awam Sri Labuan,” kata Muhyiddin dalam ucapan beliau.

Beliau menambah, panduan tersebut juga disasarkan supaya kawasan-kawasan tersebut berwajah baharu, ‘bertenaga’ dan mampu berdaya saing, sekali gus memperbaiki visual dan meningkatkan nilai hartanah kawasan tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here