Kerajaan tidak akan laksanakan PKP pada masa hadapan

0
231

CYBERJAYA – Kerajaan tidak akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh pada masa akan datang.

Ketetapan tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan pelaksanaan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), hari ini.

Beliau berkata, sebaliknya, sekatan akan dilaksanakan secara bersasar di lokasi tumpuan bagi membendung penularan Covid-19.

“Tiada lagi pelaksanaan PKP secara menyeluruh, sebaliknya strategi kawalan penularan Covid-19 lebih bersasar berdasarkan sains dan data.

“PKP mungkin tidak perlu lagi secara menyeluruh, sebaliknya kawalan pergerakan hanya dilaksana mengikut lokasi dan secara tertumpu kepada kluster berkaitan saja,” kata Muhyiddin.

Berita lanjut menyusul

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here