Kerja-kerja pembinaan Malakat Hardware sudah bermula

0
1135
Kerja-kerja memasang konkrit sedang giat dilakukan

RAUDHAH CITY – Kumpulan Malakat dalam perancangan untuk mewujudkan kedai barang pembinaan atau hardware dalam masa terdekat ini.

Perkara itu diumumkan oleh Pengasas kumpulan itu, Mohd Fadzil Hashim dalam satu hantaran menerusi Facebook miliknya hari ini.

Dalam beberapa keping gambar yang dimuat naik beliau, menunjukkan kerja-kerja memasang konkrit sedang giat dilakukan di lokasi tersebut.

“Tapak Malakat Hardware di Putra Perdana Puchong. Sedia untuk sokong beli barang pembinaan. Semoga Allah berikan kejayaan,” katanya.

Malakat Hardware bakal beroperasi di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor

Malakat Hardware bakal menjadi jenama perniagaan baharu di bawah Kumpulan itu selepas berjaya membina lebih 40 jenama perniagaan sejak tahun lepas.

Antaranya, pusat beli belah Malakat Mall dan pasar raya, Malakat Grocer yang menghimpunkan ribuan produk keluaran Muslim yang sangat berkualiti dan setanding jenama antarabangsa.

Selain itu, jenama lain yang turut dibangunkan ialah Tahan Sports, Jojo Shoes, Petak, Conteng, Eebu, 2358 Fashion, Himawari, Togomen Homme, DIY Malaya, Iqra Read Bookstore, Malakat Food dan banyak lagi.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here