[VIDEO] Kerjasama Malakat Mall-Shell Trading tumpu pemulihan ekonomi pasca Covid-19

0
256
Mohd. Fadzil Hashim (tiga dari kiri), Adzhar Mohd. Noor (dua dari kanan) dan Abdul Aziz Juhari (kanan) bersama kunjungan daripada Shell Malaysia Trading di Malakat Mall, Cyberjaya hari ini.

CYBERJAYA – Kerjasama perniagaan antara Malakat Mall dengan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd dijangka memberi tumpuan kepada usaha membina semula ekonomi yang terkesan teruk akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, melalui kerjasama yang bakal terjalin itu, pihaknya berharap dapat mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan kepada orang ramai.

Kerjasama Malakat Mall-Shell Trading tumpu pemulihan ekonomi pasca Covid-19

Beliau berkata, pertemuan pihaknya dengan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. pada hari ini mencapai satu ‘kesepakatan’ yang positif dengan pelbagai potensi kerjasama.

“Semoga kerjasama ini dapat membina semula negara kita selepas kesan teruk ekonomi akibat PKP.

“Melalui kerjasama dengan syarikat antarabangsa ini, potensi yang kami lihat adalah dari segi menyediakan peluang dan ruang baharu dari segi perniagaan dan pekerjaan.

“Ia juga boleh dijadikan peluang yang baik untuk Shell untuk menunjukkan keprihatinan mereka terhadap isu-isu sosial sekarang,” katanya selepas menerima kunjungan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, diketuai Pengarah Urusannya, Shairan Huzani Husain di Malakat Mall hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (GCOO), Kumpulan CF Global ventures Sdn Bhd., Adzhar Mohd. Noor dan Ketua Pegawai Operasi Malakat Mall, Salam Zulkarnain dan Ketua Pegawai Operasi Malakat Food Sdn Bhd, Abdul Aziz Juhari.

Mohd. Fadzil Hashim
Coach Fadzil bersama Adzhar Mohd. Noor (kiri) dan Abdul Aziz Juhari (kanan) Malakat Mall menerima cenderahati daripada Shairan Huzani Husain.

Mohd. Fadzil atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, pertemuan hari ini merupakan rentetan perbincangan pihaknya untuk mengembangkan perniagaan di stesen-stesen minyak milik Shell Malaysia Trading.

Mengulas lebih lanjut, beliau berkata, antara inisiatif awal yang diharap direalisasikan adalah penempatan jenama dan produk ‘killer’ Malakat Mall seperti Tea Amo dan Malakat Express di rangkaian stesen minyak Shell.

“Kita melihat banyak potensi kerjasama sebab di Malakat Mall kita ada keseluruhan eko sistem dengan pebagai jenis perniagaan.

“Benda semua dah ada cuma saya kena bawa usaha ini lagi lagi laju. Jadi saya minta semua orang doakan hikmah daripada kerjasama ini,” katanya.

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading, Shairan Huzani Husain

Sementara itu, Shairan Huzani berkata, pihaknya cukup teruja dalam kerjasama perniagaan itu dan berharap akan dapat direalisasikan.

“Kami banyak berbincang mengenai kemungkinan-kemungkinan kerjasama, kedua-dua kami teruja dengan potensi yang ada.

“Berbalik kepada tujuan asal kami, kami rasakan kalau bergerak bersama-sama, lebih tinggi kesannya yang boleh diberikan kepada masyarakat.

“Sebagai permulaan, mungkin kita akan mulakan dengan satu atau dua dahulu,” katanya.

Dalam pada itu, Shairan menyifatkan pertemuan dengan Coach Fadzil pada hari ini sebagai cukup bermakna.

“Saya amat berbesar hati atas jemputan Coach Fadzil ke Malakat Mall pada hari ini. Banyak benda yang saya belajar dari beliau, terutama mengenai perniagaan dan kepimpinan.

“Saya juga kagum kerana dia berniaga tidak memikirkan kepentingan dia sendiri tetapi untuk memajukan semua,” katanya sambil menyifartkan Coach Fadzil sebagai anugerah Allah kepada rakyat negara ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here