Kes baharu Covid-19 di bawah 2,000

0
41
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Statistik semasa kes Covid-19 menyaksikan Malaysia mencatat kes baharu di bawah angka 2,000 untuk hari ketiga berturut-turut.

Pada hari ini, sebanyak 1,529 kes baharu dilaporkan sekaligus menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia kini mencecah 314,989 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sembilan kes import mendapat jangkitan dari luar negara.

“Sebanyak 1,520 kes lagi merupakan penularan tempatan. Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula sebanyak 19,778 kes.

“Selain itu, terdapat 2,076 kes sembuh hari ini dengan jumlah kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 di Malaysia sebanyak 294,034 kes.

“Terdapat lapan kes kematian hari ini menjadikan sebanyak 1,177 kes kematian Covid-19 di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, sebanyak 160 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 79 kes memerlukan bantuan pernafasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here