Kes baharu terendah bagi 2021 dicatat hari ini

0
75

CYBERJAYA – Negara mencatat angka kes Covid-19 terendah bagi 2021 pada hari ini, apabila sebanyak 941 kes baharu dilaporkan di seluruh negara.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), daripada jumlah itu, sebanyak 933 kes adalah akibat penularan tempatan manakala 8 lagi adalah kes import.

Bagi kes mengikut negeri, Selangor melaporkan kes tertinggi dengan 219 kes, diikuti Sarawak dengan 192 kes, dan Johor dengan 171 kes.

Pertambahan kes pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di dalam negara kepada 342,885 kes.

Bagi kes sembuh pula, sebanyak 1,097 kes dilaporkan di seluruh negara, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang telah pulih kepada 327,406 kes.

Pada ketika ini, masih terdapat sebanyak 14,219 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif.

Daripada jumlah itu, sebanyak 166 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 73 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 5 laporan kes kematian akibat Covid-19 diterima pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kepada 1,260.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here