Kes bunuh kakitangan Ikram, polis tahan lelaki bantu siasatan

0
629
PDRM

CYBERJAYA – Polis menahan seorang lelaki berusia 57 tahun bagi membantu siasatan kes seorang wanita kakitangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditemui mati di Taman Bangi Jalan Reko, Kajang dekat sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, lelaki itu ditahan pada jam 8.45 malam di Kajang pada hari sama susulan penemuan mayat mangsa dengan kesan jerutan di lehernya.

“Lelaki itu akan direman pagi ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat mangsa, Nik Khatijah Nik Mud, 32, yang merupakan Pengurus Jabatan Advokasi di Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) ditemui oleh rakan sekerjanya  sebelum perkara itu dilaporkan kepada polis.

 Mangsa adalah bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang berkhidmat dengan Ibu Pejabat Ikram sejak 2013 sebagai eksekutif Jabatan Wanita dan kini sebagai Pengurus Jabatan Advokasi. 

Dalam kenyataan Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan sebelum ini memaklumkan, pemeriksaan awal mendapati wanita tempatan berusia lingkungan 30-an itu dipercayai lebih 24 jam meninggal dunia sebelum mayatnya ditemui.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here