Khairy Jamaluddin jadi rakyat Malaysia pertama terima vaksin Sinovac

0
102
Khairy Jamaluddin menerima suntikan dos pertama vaksin Sinovac di Hospital Rembau

CYBERJAYA – Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar selamat menerima
suntikan pertama dos vaksin Sinovac di Hospital Rembau, Negeri Sembilan hari ini.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menjadi individu pertama di Malaysia menerima vaksin selain jenis Pfizer BioNTech.

“Saya baru selesai menerima suntikan pertama dos vaksin Sinovac. Vaksinasi sebentar tadi dilaksanakan oleh pegawai vaksinasi, Salha Abdul Samad iaitu Ketua Penyelia Jururawat di Hospital Rembau.

“Dengan selesainya vaksinasi sebentar tadi, maka bermulalah secara rasmi penggunaan vaksin Sinovac di dalam potfolio vaksin Covid-19 di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairy Jamaluddin turut meminta orang ramai supaya tidak bimbang dengan vaksin Sinovac

Dalam pada itu, Khairy berkata, orang ramai juga tidak perlu ragu-ragu dengan vaksin Sinovac kerana telah terbukti selamat dan berkesan untuk mencegah penyakit Covid-19.

Malah, katanya, vaksin jenis itu juga telah digunakan di 27 buah negara seperti China, UAE, Indonesia, Turki dan Brazil melibatkan lebih 60 juta dos

Pada masa sam, katanya, vaksin Sinovac juga telah mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada 2 Mac lalu selepas melalui penilaian ketat oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here