KJ tidak alami sebarang alahan teruk selepas disuntik vaksin Sinovac

0
111
Khairy Jamaluddin menerima suntikan vaksin Sinovac semalam

CYBERJAYA – Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak mengalami sebarang kesan sampingan yang teruk selepas menerima suntikan vaksin Sinovac semalam.

Dalam satu hantaran dalam laman Facebook miliknya sebentar tadi, beliau berkata, kesakitan yang dirasainya hanya sedikit iaitu di bahagian suntikan.

“Alhamdulillah selepas lebih 24 jam terima suntikan pertama vaksin Covid-19 Sinovac, saya tidak mengalami kesan sampingan yang teruk.

“Hanya malam semalam, ada rasa sedikit rasa sakit di bahagian suntikan. Masuk ke pejabat hari ini pun seperti biasa,” katanya.

Khairy Jamaluddin menerima suntikan vaksin Sinovac semalam

Semalam Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menjadi individu pertama di Malaysia menerima vaksin selain jenis Pfizer BioNTech.

Tangkap layar video yang dikongsi Khairy Jamaluddin dalam laman Facebook miliknya

Dengan selesainya pengambilan vaksinasi oleh Khairy semalam, maka bermulalah secara rasmi penggunaan vaksin Sinovac di dalam potfolio vaksin Covid-19 di Malaysia.

Malaysia sebelum ini menggunakan vaksin Pfizer BioNTech selepas menerima vaksin itu pada hujung bulan lalu.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here