Kluster Ladang Bukit di Terengganu jangkit 96 orang

0
184
Dr. Nor Azimi Yunus

KUALA TERENGGANU – Kluster Covid-19 terbaharu di Terengganu, Kluster Ladang Bukit sehingga kini telah menjangkiti 96 orang dengan 1,023 individu dikenal pasti sebagai kontak rapat.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, sehingga kini seramai 96 kes positif dikesan dari kluster tersebut yang mana 49 daripadanya adalah pekerja manakala 47 orang adalah ahli keluarga.

Beliau berkata, kluster terbaharu berkenaan secara tidak langsung telah meningkatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 terkini di Terengganu kepada 1.14.

“Awalnya kes dikesan dari seorang pekerja yang mempunyai gejala. Rupanya ada seorang pekerja yang dikesan positif didapati berulang alik ke sebuah negeri kerana isteri dan anak tinggal di sana.

“Dia yang bergejala kemudian kembali bekerja sebelum menjangkiti 49 dari 161 orang rakan sekerjanya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nor Azimi berkata, kluster Ladang Bukit itu juga menyebabkan lima murid dan seorang guru dari enam sekolah rendah dijangkiti Covid-19.

“Bila kes positif masuk bekerja, mereka akan menjangkiti rakan sekerja pula. Apalagi kalau tempat kerja yang sempit dan sesak.

“Apalagi mereka bekerja bersama selama 14 jam sehari. Hasilnya seramai 49 dari 161 orang pekerja tadi dikesan positif serentak. Ini bermaksud transmisi telah lama berlaku,” katanya.

Beliau berkata, kluster terbaharu berkenaan secara tidak langsung telah meningkatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 terkini di Terengganu kepada 1.14.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai agar sentiasa patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) norma baharu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here