Kompaun RM10,000 tidak adil -Najib Razak

0
201
Kompaun kesalahan tidak menggunakan aplikasi MySejahtera di sebuah premis makanan di Bukit Jalil yang tular sejak semalam.

CYBERJAYA – Najib Tun Razak hari ini mengulangi gesaan supaya kerajaan mempertimbangkan semula pelaksanaan kompaun RM10,000 kepada pesalah yang ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam hantaran Facebooknya hari ini, Najib menyifatkan pelaksanaan denda tersebut dilaksanakan secara tidak adil dan bersifat ‘pukul rata’ kerana tidak membezakan kesalahan serius dan tidak serius.

“Cara Ordinan tersebut digariskan kerajaan tidak membezakan kesalahan yang tidak sengaja dan tidak serius seperti lupa/gagal scan MySejahtera atau gagal pakai face mask dengan kesalahan yang amat serius seperti langgar kuarantin wajib atau rentas negeri tanpa kebenaran,” katanya.

Najib berkata demikian ketika mengulas kompaun kesalahan tidak menggunakan aplikasi MySejahtera di sebuah premis makanan di Bukit Jalil yang tular sejak semalam.

Justeru menurut Najib, kerajaan wajar membincangkan dahulu perkara itu di Dewan Rakyat sebelum diluluskan demi keadilan untuk rakyat.

Tambah beliau, walaupun jumlah berkenaan masih boleh dikurangkan melalui rayuan, pelaksanaan hukuman itu juga ‘memaksa’ pihak polis melaksanakan penguatkuasaan kompaun berkenaan.

“Polis tiada kuasa untuk tulis kompaun yang lebih rendah (atau lebih tinggi) sebab terpaksa mengikut pindaan Ordinan Darurat dibuat kerajaan PN yang naikkan kompaun bagi sesiapa yang melanggar SOP.

“Notis kompaun ditulis bernilai RM10,000 jika melanggar SOP, namun ia bergantung kepada budi bicara pegawai yang diberi kuasa iaitu Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) untuk menetap nilai sebenar kompaun dikenakan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here