Lebih 10 pengunjung cedera selepas jambatan gantung runtuh

0
608
Keadaan jambatan gantung yang runtuh selepas kejadian berkenaan

JELI – Sebuah jambatan gantung yang dalam pembinaan di Lata Keding di sini, secara tiba-tiba runtuh sehingga menyebabkan lebih 10 pengunjung yang sedang merakam gambar di atas jambatan itu terjatuh ke dalam sungai.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Arifin berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi itu, jambatan sepanjang 40 meter itu dipercayai runtuh akibat gagal menampung kapasiti pengunjung yang berlebihan.

Katanya, sebaik menerima panggilan kecemasan pihaknya bergegas ke lokasi peranginan yang dimiliki pihak persendirian itu.

“Mengikut maklumat yang diterima, kira-kira 10 pengunjung sedang berada di atas jambatan gantung setinggi 4.5 meter.

“Tiba-tiba jambatan yang sedang dalam pembinaan itu runtuh menyebabkan semua mereka terjatuh ke dalam anak sungai dan binaan itu juga turut terkena pengunjung lain yang sedang mandi.

Mangsa yang cedera diberikan bantuan awal oleh orang awam

“Notis mengenai pemberitahuan bahawa jambatan itu sedang dalam pembinaan sudah ditampal namun ada juga pengunjung yang tidak mengendahkannya mungkin disebabkan teruja dengan kewujudan jambatan gantung itu,” katanya seperti dipetik Berita Harian hari ini.

Menurut Ahmad, beberapa mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Jeli untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, beberapa keeping gambar mengenai kejadian itu tular di media sosial.

Orang ramai yang berada di kawasan tersebut turut membantu mereka yang cedera akibat kejadian itu.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here