Lebih 2,000 pelajar Unisza dikuarantin di Terengganu

0
274
Gambar : Media sosial

KUALA TERENGGANU – Pihak pentadbiran Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Gong Badak di sini membenarkan kemasukan semula 2,370 orang pelajar ke kampus universiti berkenaan dengan syarat kuarantin selama 10 hari.

Naib Canselor UniSZA, Profesor Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, proses kemasukan pelajar itu akan dilakukan secara berfasa iaitu pada 6 hingga 8 Mac, 21 hingga 22 Mac dan 2 April 2021.

Katanya, proses kuarantin pelajar dari seluruh negara itu akan dilakukan di Pusat Pengasingan UniSZA iaitu di Kolej Kediaman Kampus Gong Badak dan Kampus Besut.

“Lokasi ini dijadikan sebagai zon pengawasan untuk memantau tahap kesihatan atau risiko pelajar.

“Langkah ini selaras dengan arahan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam usaha mengawal penularan pandemik Covid-19, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Hassan berkata, kebenaran kepada pelajar berkeperluan itu melibatkan semua fakulti di Kampus Gong Badak (1,284) Kampus Perubatan (173) dan Kampus Besut (913) orang.

“Tempoh pengasingan adalah selama 10 hari sebagaimana ditetapkan bermula hari pertama ketibaan pelajar ke kampus.

“Kesemua pelajar diwajibkan mematuhi peraturan ditetapkan pihak universiti dari masa ke masa sepanjang berada di kampus,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here