Lee Zii Jia berjaya tewaskan pemain nombor satu dunia straight set

0
261
Lee Zii Jia

CYBERJAYA – Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya mengejutkan pemain nombor satu dunia, Kento Momota dalam aksi suku akhir Seluruh England, sebentar tadi.

Zii Jia, 23, tampil dengan prestasi meyakinkan untuk menundukkan Momota menerusi kemenangan straight set 21-16, 21-19 dalam aksi yang berlangsung di Utilita Arena, Birmingham.

Kemenangan itu merupakan yang pertama perseorangan lelaki negara itu ke atas Momota selepas tewas dalam semua enam pertemuan sebelum ini.

Dalam pada itu Zii Jia dijangka tidak berdepan masalah untuk mengatasi lawannya sama ada pemain India, Lakshya Sen atau Mark Culjow dari Belanda pada aksi separuh akhir, esok dan seterusnya ke perlawanan akhir.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here