
CYBERJAYA – Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia melakar sejarah apabila melangkah ke pentas akhir All England selepas menewaskan pemain Belanda, Mark Caljouw 21-13, 21-17.
Zii Jia, 23, yang masih segar dengan kejayaan menumpaskan pemain nombor satu dunia, Kento Momota dalam aksi suku akhir semalam, menewaskan Caljouw dengan keputusan straight set dalam aksi yang berlangsung di Utilita Arena, Birmingham.
Dalam pada itu Zii Jia dijangka bertemu pemain Denmark, Ander Antonsen atau Viktor Axelsen di perlawanan akhir yang akan berlangsung malam hari ini.
Ini merupakan pencampaian terbaik Zii Jia dalam kejohanan tersebut selepas hanya berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir pada tahun lepas.
Sementara itu, pasangan beregu campuran negara Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying gagal melangkah ke perlawanan akhir selepas tewas kepada pasangan dari Jepun, Yuki Kaneko dan Misaki Matsutomo.

Pasangan negara itu tewas dengan keputusan straight set 21-14 22-20.-MT