Lee Zii Jia muncul juara Badminton All England

0
285

Lee Zii Jia

CYBERJAYA – Perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia mencipta sensasi di badminton All England apabila muncul juara menewaskan juara bertahan, Viktor Axelson.

Kejayaan itu bagaimanapun tidak datang dengan mudah apabila Zii Jia terpaksa berhempas pulas menewaskan Axelson dalam aksi tiga set yang cukup mendebarkan.

Kekentalan dan mampu menyerap tekanan membolehkan Zii Jia yang berumur 23 tahun keluar sebagai juara menewaskan Axelson 30-29, 20-22 dan 21-9 pada set ketiga.

Pada set pertama dan kedua, aksi berlangsung sengit dengan kedua-dua pemain saling berkejaran mata, bagaimanapun aksi set ketiga menyaksikan Axelson sedikit kehilangan rentak.

Zii Jia, merupakan pilihan keenam kejohanan manakala Axelson pilihan kedua. Sebelum ini, Zii Jia mengejutkan pemain No. 1 dunia, Kento Momota dari Jepun di suku akhir.

Kali terakhir Malaysia merangkul kejuaraan badminton tertua di dunia itu adalah pada 2017 menerusi Datuk Lee Chong Wei.

Terdahulu pada peringkat separuh akhir semalam, Zii Jia menewaskan Mark Caljouw dari Belanda 21-13, 21-17 untuk mara ke pentas akhir buat kali pertama dalam kariernya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here