Loji proses minyak Pertamina di Jawa Barat terbakar

0
193

JAKARTA – Syarikat petroleum milik negara Indonesia, Pertamina sedang cuba mengawal kebakaran besar yang berlaku di sebuah loji miliknya di Balongan, Jawa Barat hari ini.

Video kejadian tersebut menjadi tular di media sosial awal pagi ini.

Kata Pertamina dalam satu kenyataan, setakat ini 5 disahkan tercedera dalam kejadian itu, manakala lebih 950 individu yang berada di kawasan berhampiran loji itu telah dipindahkan.

Punca kebakaran tersebut masih belum diketahui, namun difahamkan, kebakaran besar itu berlaku ketika hujan lebat dan ribut petir.

Loji tersebut mempunyai kapasiti untuk memproses sebanyak 125,000 tong minyak sehari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here