Malakat Mall dapat tawaran beli bangunan daripada Setia Haruman

0
1400
Mohd Fadzil Hashim (tengah) bergambar bersama barisan pengurusan Malakat Mall dan Seta Haruman di Casa de Madani, Malakat Mall Cyberjaya di sini hari ini

CYBERJAYA – Selepas lebih setahun beroperasi, Malakat Mall akhirnya mendapat tawaran rasmi untuk membeli bangunan Malakat Mall di sini.

Menurut Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim, pada masa sama pihaknya turut mendapat tawaran untuk membeli tanah bersebelahan pusat beli belah itu.

Katanya, tanah itu akan dibangunkan projek perumahan jenis pangsapuri yang dikenali sebagai Raudhah City Skyville.

“Doakan dipermudahkan usaha memiliki aset strategik terpenting dalam pembangunan ekosistem ekonomi Islam,” katanya hari ini.

Menurut Mohd Fadzil lagi, pihaknya juga sudah mendapat kebenaran merancang untuk membina pangsapuri tersebut.

Katanya, unit yang disediakan adalah terhad 212 unit sahaja dengan harga yang ditawarkan adalah di bawah RM500,000 untuk kediaman yang memiliki tiga bilik.

Malakat Mall Cyberjaya yang dibuka pada 13 Mac tahun lalu mempunyai keluasan lebih 13006.43 meter persegi dan terdiri daripada tiga blok bangunan empat tingkat.

Pusat beli belah itu disewa oleh Malakat Mall daripada Setia Haruman Sdn. Bhd. (Setia Haruman) yang juga merupakan sebuah syarikat pemaju hartanah terkenal di Cyberjaya.

Pengasas Malakat Mall yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Raudhah City Sdn. Bhd. Mohd. Fadzil Hashim (dua dari kanan) bertukar dokumen perjanjian sewa bangunan bersama Pengerusi Eksekutif Setia Haruman Sdn. Bhd., Ahmad Khalif (dua dari kiri) sambil disaksikan oleh Pengarah Projek Malakat Mall, Mohd. Fazli Rahim (kanan) dan Ketua Pegawai Operasi Setia Haruman, Wendy Li (kiri) sempena majlis Pra Pelancaran Malakat Mall di Raudhah City, Cyebrjaya. Gambar fail

Antara tumpuan utama di Malakat Mall ialah Malakat Grocer, sebuah pasar raya yang menghimpunkan ribuan produk keluaran Muslim yang sangat berkualiti dan setanding jenama antarabangsa.

Jenama lain yang terdapat di sini ialah Tahan Sports, Jojo Shoes, Petak, Conteng, Eebu, 2358 Fashion, Himawari, Togomen Homme, DIY Malaya, Iqra Read Bookstore dan banyak lagi.

Selain itu, terdapat juga pelbagai pilihan makanan menarik di restoran Bunch-Oh, The Tarik Corner, Chan Mari Chan, Casa de Madani, Burger Boy dan Ayam Legend.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here