[VIDEO] Malakat Mall Masjid Tanah atasi rekod jualan di Cyberjaya

0
2110
Pengunjung yang bertali arus ke Malakat Mall Masjid Tanah selepas pelancarannya semalam.

MASJID TANAH – Kesemua outlet makanan dan minuman (F&B) di Malakat Mall Masjid Tanah (MMMT) yang baharu dibuka semalam mencatatkan nilai jualan melebihi sasaran berikutan sambutan baik daripada orang ramai.

Ketua Pegawai Operasi Malakat Food Sdn Bhd, Abdul Aziz Juhari berkata, pihaknya menerima kunjungan bertali arus sejak pintu utama pusat beli-belah itu dibuka kepada pengunjung sehingga tamat operasi malam tadi.

Menurut Abdul Aziz, sambutan baik pada hari pertama berterusan sehingga hari kedua.

“Alhamdulillah, kami mendapat sokongan yang cukup baik daripada warga Masjid Tanah sejak semalam. Pagi ini juga sama, pengunjung tidak putus-putus.

“Bagi outlet F&B, jenama-jenama utama melepasi sasaran jualan bahkan mencatatkan rekod jualan jauh lebih baik daripada Bunch-Oh Cyberjaya semasa pembukaan tahun lalu,’’ katanya ketika ditemui di MMMT di sini hari ini.

Abdul Aziz Juhari
Pengunjung menikmati sarapan pagi di Bunch-Oh Malakat Mall Masjid Tanah di sini.

Abdul Aziz berkata, antara outlet F&B yang merekodkan jualan tertinggi adalah Bunch-Oh dan Tea Amo. 

“Secara amnya, sambutan yang diterima sejak semalam lebih daripada jangkaan kami. Jenama seperti Burger Boy, Captain Fried Chicken juga menerima respon yang cukup baik.

“Harga yang ditawarkan juga sama seperti di Cyberjaya iaitu serendah RM3 bagi set minuman dan roti canai.

“Bagaimanapun masih banyak menu-menu yang belum diperkenalkan kepada pengunjung di sini dan akan menyusul dalam masa terdekat,’’ katanya. 

Abdul Aziz berkata, beliau melihat potensi yang besar dapat dikembangkan terutama dalam segmen makanan di MMMT.

“Saya terima maklum balas yang cukup baik daripada pelanggan. Ramai yang memuji kualiti makanan dan tempat yang sesuai untuk seisi keluarga seperti ini sudah lama dinantikan,’’ katanya.

Sementara itu, Abdul Aziz memohon maaf atas kepada pengunjung yang terpaksa menunggu tempahan makanan yang agak lama semalam ekoran ‘kesesakan’ yang berlaku.

“Buat masa ini kapasiti bahagian makanan dan minuman kami mampu mengendalikan kira-kira 150 orang pada satu-satu masa. Insya-Allah kami akan tingkatkan tidak lama lagi,’’ katanya. -MT

Malakat Mall Masjid Tanah atasi rekod jualan di Cyberjaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here