[VIDEO] Malakat Mall Masjid Tanah dibuka secara rasmi 13 Mac ini

0
2360
Malakat Mall Masjid Tanah kan dibuka pada 13 Mac ini

CYBERJAYA – Malakat Mall Masjid Tanah di Melaka sudah bersedia sepenuhnya untuk menerima pelanggan dan akan dibuka secara rasmi kepada orang ramai bermula pada 13 Mac ini.

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, selepas mempunyai pengalaman setahun di Cyberjaya, pihaknya akan membawa pelbagai kelainan ke Malakat Mall Masjid Tanah nanti.

Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim

Mohd. Fadzil atau lebih dikenali Coach Fadzil berkata, antara kelainan itu ialah pasukannya ketika ini telah mempelajari bagaimana untuk mendapat bekalan barangan yang terbaik.

“Kita banyak belajar daripada peniaga kedai Aceh untuk dapatkan barang terbaik dengan harga yang berpatutan untuk kita tawarkan dalam Malakat Grocer. Kita bawa pengalaman ini ke Masjid Tanah.

Ada 'kelainan' untuk orang Melaka di Malakat Mall Masjid Tanah

“Sebelum ini di Malakat Mall Cyberjaya mungkin nampak premium, sekarang barangan yang kita tawarkan kualiti pasar borong, segar dan juga harga yang murah kepada pelanggan.

“Sebelum ini, kita menjadi orang ke berapa untuk terima barang. Sekarang pasukan kami sendiri pergi ke pasar borong dan beli secara pukal dan pasarkan ke Malakat Grocer,” katanya.

Pasukan Malakat Mall kini berusaha memastikan segala persiapan berjalan lancar menjelang hari pembukaan

Beliau berkata demikian kepada Malakat Tribune ketika diminta mengulas mengenai persiapan untuk pembukaan Malakat Mall Masjid Tanah yang akan dibuka kepada orang ramai bermula 13 Mac ini.

Menurut Mohd. Fadzil, segala persiapan Malakat Mall Masjid Tanah berjalan lancar dan ketika ini proses membawa masuk barangan sedang rancak dilakukan menjelang pembukaan.

Malakat Mall Masjid Tanah

“Malakat Mall Masjid Tanah sudah siap sepenuhnya, cuma nak masukkan barang sahaja. Pemasaran juga rasanya tidak susah kerana orang Melaka sudah banyak kali tanya bila akan dibuka.

“Sekarang sentimen sangat kuat (pembukaan Malakat Mall Masjid Tanah) di sana, kita berharap dan berdoa apabila dibuka nanti sepanjang 2 kilometer orang akan beratur. Jadi sama-sama kita berdoa.

“Jadi datanglah beramai-ramai, tidak membeli pun tidak mengapa asalkan datang beri sokongan kepada kita, sekarang kerajaan pun sudah longgarkan prosedur operasi standard (SOP).

Malakat Mall sebelum ini mengadakan temuduga terbuka untuk mengambil pekerja di Malakat Mall Masjid Tanah

“Dalam masa yang sama, kita pastikan segala SOP dipatuhi seperti pakai pelitup muka dan jaga pergerakan, kita bangkit bersama untuk bangunkan semula ekonomi,” katanya.

Ditanya apa lagi kelainan Malakat Mall Masjid Tanah, Mohd. Fadzil berkata, apa yang pasti Restoran Bunch-Oh akan menjadi tarikan pusat beli belah itu nanti dengan pelbagai menu menarik.

“Bunch-Oh akan bawa semua menu popular yang mereka ada untuk para pelanggan. Selain itu, kita akan sediakan ruang niaga untuk masyarakat setempat berniaga nanti,” katanya.

Dalam pada itu katanya, ketika ini semua pekerja sudah ada di Malakat Mall Masjid Tanah dan dalam masa setahun, pihaknya menyasarkan untuk gajikan semua pekerja yang berasal dari Melaka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here