Malakat Mall Masjid Tanah sedia terima pelanggan

0
204
Persiapan akhir di bangunan Malakat Mall Masjid Tanah

MASJID TANAH- Cawangan kedua pusat beli belah Malakat Mall di Masjid Tanah, Melaka telah bersedia untuk menerima kemasukan pelanggan esok.

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, pasukannya ketika ini sedang bertungkus lumus untuk memastikan pembukaan itu berjalan lancar.

Beliau berkata, esok merupakan pra pelancaran terlebih dahulu kerana kebanyakan orang di sini sudah tidak sabar menunggu Malakat Mall ini dibuka.

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim

“Untuk pembukaan esok, dalam aspek produk kita sudah bersedia lebih 70 peratus dan bahagian makanan dan minuman (F&B) pula lebih 80 peratus.

“Esok kita buat pra pelancaran dahulu, perasmian nanti kita sudah berhubung dengan Pejabat Ketua Menteri dan Tuan Yang Terutama (TYT) Melaka.

“Perkara ini (perasmian) mungkin akan mengambil masa sedikit, jadi kita mulakan dahulu esok untuk orang Masjid Tanah,” katanya kepada Malakat Tribune.

Malakat Mall Masjid Tanah

Menurut Mohd. Fadzil, Malakat Mall di Masjid Tanah dibuka esok bersempena setahun penubuhan pusat beli belah itu untuk cawangan pertama di Cyberjaya.

“Alhamdulillah, jika diikutkan banyak lagi yang tidak sempat siap sebab PKP dan sebagainya. Tetapi, kita mohon kepada Allah untuk bantu permudahkan urusan.

“Kita ada ‘curveball’, kalau main softball akan tahu. Jadi kita ada strategi untuk kita buat nanti. Nantikan esok kelainan yang kita laksanakan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here