Malakat Mall Masjid Tanah tawar harga terendah dalam jarak 3 km

0
516
Malakat Mall Masjid Tanah

MASJID TANAH – Malakat Mall Masjid Tanah akan menawarkan harga terendah bagi setiap produk yang dijual berbanding pusat beli belah lain dalam linkungan jarak 3 kilometer (km).

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, tawaran harga jaminan terendah untuk jarak 3 km tersebut akan dilaksanakan di Malakat Mall Masjid Tanah terlebih dahulu.

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim

“Esok kita akan lancarkan harga jaminan terendah untuk jarak 3 km, kita buat di sini terlebih dahulu sebelum idea yang sama akan dibawa ke Malakat Mall Cyberjaya dan tempat lain yang akan dibuka nanti.

“Kita ada pasukan pemantau untuk lihat harga barangan di kawasan sekitar dan kalau ada terlepas pandang, pelanggan boleh datang ke kaunter khidmat pelanggan untuk ‘claim’ perbezaan harga itu.

Persiapan akhir di Malakat Mall Masjid Tanah

“Apa yang kita tetapkan ialah harga kita sama atau lebih rendah berbanding tempat lain dalam lingkungan 3 km, harga kita tidak boleh mahal,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Fadzil berbangga apabila barisan pekerjanya yang berkerja di Malakat Mall Masjid Tanah adalah 95 peratus orang dari Masjid Tanah sendiri.

“Saya cukup berbangga apabila pasukan 95 peratus orang Masjid Tanah, ia menunjukkan wujud peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat apabila Malakat Mall dibuka di sini.

Persiapan akhir di Malakat Mall Masjid Tanah

“Kita juga bagi laluan khas kepada usahawan Masjid Tanah dan Melaka, mereka boleh datang bawa produk dan kita akan tawarkan tempat di sini. Kita Ikram bagi peluang bekal barangan ke Malakat Mall Masjid Tanah,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here