Malakat Mall serahkan sumbangan pakaian seragam sekolah

0
73
Noraini Mat Kasan membawa anak-anaknya untuk mengambil pakaian seragam sekolah di Malakat Mall hari ini

CYBERJAYA -Malakat Mall terus memainkan peranan membantu golongan memerlukan dan terbaharu menyalurkan bantuan berupa pakaian seragam sekolah kepada murid dari keluarga kurang berkemampuan.

Pengarah Projek Khidmat Masyarakat Malakat Mall, Hailmy Rizuan berkata, sebanyak 100 keluarga layak menerima bantuan berkenaan dan senarai penerima di sediakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Beliau berkata, selain menerima sumbangan berupa pakaian seragam sekolah, penerima golongan B40 itu juga diberikan baucar tahunan Malakat Grocer bernilai RM30 serta lampin pakai buang dan susu.

“Alhamdulillah, hari ini merupakan kesinambungan program bersama JKM dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun baru-baru ini di Malakat Mall.

“Senarai penerima bantuan ini disediakan oleh JKM, mereka akan dimaklumkan oleh jabatan itu sendiri dan kemudian datang ke Malakat Mall untuk mengambil baju mengikut saiz anak masing -masing.

“Tiada had untuk anak sekolah rendah atau menengah bagi setiap keluarga, mereka diberikan dua pasang baju setiap seorang. Dianggarkan sumbangan ini melibatkan pemberian sehingga 300 pasang seragam sekolah.

“Difahamkan JKM maklumkan semalam. Jadi, mereka yang telah menerima makluman itu boleh datang mengambil baju seragam sekolah ini bermula hari ini sehingga Rabu,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Menurut Hailmy, pemberian sumbangan berkenaan melibatkan peruntukkan sebanyak RM50,000 dan pihaknya ketika ini membuka ruang sumbangan bagi menjayakan kempen kedua bagi membantu murid memerlukan.

“Kita masih membuka untuk orang ramai memberikan sumbangan, sebelum ini KPM ada umum pelejar boleh pakai baju biasa ke sekolah. Jadi, kita ingin bantu golongan yang memerlukan seragam sekolah.

“Melalui kempen kedua ini, kita sasarkan untuk kutip dana sumbangan sebanyak RM100,000 untuk membantu lebih ramai golongan B40 yang terjejas semasa pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Dalam pada itu, seorang penerima, Noraini Mat Kasan mengucapkan terima kasih kepada Malakat Mall dan JKM kerana memilih keluarganya untuk menerima sumbangan pakaian seragam sekolah.

“Alhamdulillah, terima kasih atas sumbangan ini. Anak saya ada dan tiga daripada sudah bersekolah iaitu yang berumur 10, 9 dan 7 tahun. Sebelum ini memang tidak beli lagi pakaian sekolah kerana keadaan tidak mengizinkan.

“Apabila dapat makluman daripada JKM semalam, saya terus datang ke Malakat Mall hari ini. Anak-anak pun semua gembira ada baju sekolah baru. Jika ikutkan, saya hanya rancang untuk guna baju sedia ada sahaja,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here