Malakat Mall tawar laman web peribadi serendah RM100

0
168
Memiliki laman web memberi banyak kelebihan dalam aspek penjenamaan dan pemasaran digital.

CYBERJAYA – Malakat Mall menawarkan pakej pembinaan laman web peribadi pada harga serendah RM100 setahun termasuk kos penyelenggaraan kepada orang ramai khususnya pelanggan dan penyokong eko-sistem ekonomi Islam di negara ini.

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, tawaran harga istimewa itu terbuka kepada individu yang mahu memulakan aset pemasaran digital sama ada untuk kegunaan peribadi atau perniagaan.

Beliau berkata, memiliki sebuah laman web peribadi memberi banyak kelebihan terutama dalam pembinaan imej digital atau personal branding berbanding hanya bergantung kepada platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter. 

“Kalau di laman web, kita boleh juga letak video, cerita, buat posting dan ia juga tidak terhad. Kami tawarkan RM100 setahun dengan penyenggaraan secara percuma.

“Kami sediakan sebuah templet website. Anda pula hanya perlu ada gambar, video atau apa sahaja yang mengisahkan hidup anda. Website bolehkan orang tahu lebih mendalam mengenai diri kita. 

“Jadi siapa yang berminat boleh daftar RM100 sahaja. Kemudian kita boleh ‘add-on’ macam-macam lagi. Nak menjual barang pun boleh,’’ katanya.

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim

Mohd. Fadzil berkata, pemilikan laman web juga memberi lebih kebebasan untuk menyedia, menyusun dan menguruskan kandungan dengan lebih baik malah dihubungkan dengan media sosial secara sistematik.

Beliau berkata, dengan mempunyai laman web anda sendiri, pemilik boleh membina hubungan yang lebih baik dengan pelanggan anda. 

“Anda boleh hantar mesej dengan serta-merta kepada pelanggan anda melalui sistem e-mel yang ada, malah jika laman web anda mempunyai sistem opt-in, anda boleh hantar mesej melalui sistem blast yang ada diruang admin,’’ katanya.

Secara keseluruhannya kata beliau, sebuah laman web dapat memberikan pemiliknya untuk membuktikan kredibiliti kepada orang ramai melalui penjenamaan diri.

“Ramai orang kita tidak sedar dan tidak ambik peluang dalam personal branding. Proses ini penting agar kita letakkan kedudukan kita hari ini untuk 20-30 tahun akan datang. Dan imej ini harus kekal sampai bila-bila.

Sementara itu, Mohd. Fadzil berkata, tawaran yang sama ‘dipakejkan’ dengan peluang untuk menjadi wakil jualan produk-produk Malakat Mall yang kini sudah berjumlah lebih 1,000 produk dengan sistem jualan dalam talian.

Katanya, permohonan untuk memiliki laman web itu boleh dilakukan dengan menghubungi laman Malakat Mall di laman Facebook.

“Isi borang dan kami bantu anda siapkan personal branding. Bonus yang kita bagi ialah sebuah laman web e-commerce,’’ katanya.

Gambar hiasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here