Malakat Mall tawar ruang niaga tanpa sewa kepada peniaga kecil

0
1055
Peniaga yang menyertai #[email protected] di Malakat Mall Cyberjaya

CYBERJAYA – Malakat Mall menawarkan ruang berniaga tanpa sewa kepada peniaga kecil-kecilan di pusat beli belah berkenaan pada hujung minggu.

Malakat Mall dalam kenyataannya di Facebook berkata, peniaga berkenaan boleh menyertai program jualan #[email protected] 

“Kami bagi ruang berniaga tanpa sewa untuk bantu mereka yg berniaga kecil-kecilan. Ayuh ‘support’ usahawan Kita

“Ramai antara mereka datang dari jauh, sanggup merentas daerah demi berniaga mencari rezeki di hujung minggu.

Pelbagai produk yang dibawakan oleh peniaga kecil di #[email protected]

“Ada yang gigih membawa anak-anak bersama, malah yang muda belia pun sudah berani menghasilkan produk sendiri, bekerja keras menjahit sendiri pakaian yang hendak dijual. 

“Itulah semangat yang kita mahu. Semangat untuk menambah rezeki. Syabas kepada usahawan kecil atas usaha mereka.

“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.

“Kita sebagai manusia harus selalu berusaha untuk meraih apa yang diinginkan,” katanya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.

Malakat Mall juga mengajak orang ramai ke pusat beli belah berkenaan untuk menyokong para usahawan kecil untuk mencari rezeki.

“Jom ubah belanja anda.. Mari ke Malakat Mall sokong usahawan kecil seperti ini. Apa salahnya kita membelanjakan sedikit untuk membantu ekosistem ekonomi kita,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here