Malakat Pharmacy bekalkan ubat-ubatan kepada klinik swasta milik doktor Islam

0
526
Anis Sabrina Azizuddin (kanan) bersama Dr. Muzvin Othman menunjukkan perjanjian yang ditandatangani hari ini

CYBERJAYA – Malakat Pharmacy akan menjadi pembekal ubat-ubatan dan peralatan perubatan kepada lebih 1,000 klinik swasta milik doktor-doktor Islam di negara ini.

Ketua Pegawai Operasi Malakat Mall, Salam Zulkarnain berkata, pembekalan itu sekaligus dapat memecahkan monopoli syarikat asing dan bukan Bumiputera dalam industri itu.

Salam berkata, sebelum ini, sektor pembekalan ubat-ubatan dan peralatan perubatan dimonopoli oleh syarikat asing dan bukan Bumiputera yang besar sahaja.

“Hari ini, Malakat Pharmacy telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan dua pertubuhan yang mana ahlinya merupakan pemilik klinik swasta selain diwakili oleh doktor.

“MoU ini membabitkan kerjasama jual beli ubat-ubatan dan peralatan perubatan selain kerjasama membaitkan program-program perubatan,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Beliau ditemui selepas menyaksikan majlis menandatangani MoU antara Malakat Pharmacy dengan Koperasi Doktor Klinik Swasta Berhad dan Persatuan Doktor Islam Malaysia.

Menurut Salam, melalui kerjasama itu, Malakat Pharmacy membawa tangungjawab untuk menjadi pembekal ubat-ubatan dan peralatan perubatan pada harga yang kompetitif.

“Kita mahu pecahkan monopoli syarikat asing dan bukan Bumiputera, jadi kita akan bekalkan ubat-ubatan untuk klinik swasta dan doktor berikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

“Banyak kelebihan apabila Malakat Pharmacy menjadi pembekal. Selain harga berpatutan, klinik swasta juga boleh membeli ubat-ubatan mengikut kuantiti diinginkan,” katanya.

Sementara itu, Peneraju Jenama Malakat Pharmacy, Anis Sabrina Azizuddin berkata, kerjasama berkenaan merupakan inisiatif untuk memperkukuh dan memperkasakan ekonomin Islam.

“Melalui kerjasama ini, semua pihak mendapat manfaat termasuk pelanggan itu sendiri. Kita (Malakat Pharmacy) akan mainkan peranan sebaik mungkin sebagai pembekal,” katanya.

Sementara itu, wakil Koperasi Doktor Klinik Swasta Berhad, Dr. Muzvin Othman berkata, pihaknya yakin Malakat Pharmacy akan pembekal yang memberikan perkhidmatan terbaik.

“Mereka  (Malakat Pharmacy) ada sistem penghantaran yang baik dan dapat bekalkan ubat-ubatan dan barangan perubatan untuk klinik-klinik swasta di seluruh Malaysia.

“Sebelum ini, ahli kami banyak bergantung kepada syarikat pembekal tertentu sahaja. Tetapi sekarang, kita ada pilihan alternatif yang lebih baik hasil kerjasama ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here