Malakat Pharmacy kini di Malakat Mall Masjid Tanah

0
197
Malakat Pharmacy di Malakat Mall Masjid Tanah

MASJID TANAH- Berita gembira buat warga Masjid Tanah apabila Malakat Pharmacy kini melebarkan sayap perniagaannya ke Malakat Mall Masjid Tanah (MMMT)

Menurut Malakat Mall, warga Masjid Tanah boleh mendapatkan pelbagai jenis ubat, supplement dan segala keperluan perubatan di Malakat Pharmacy MMMT.

“Insya-Allah ahli farmasi kami siap sedia membantu dan memberi ‘consultation’ kepada anda semua,” kata Malakat Mall di laman Facebooknya hari ini.

Malakat Mall Masjid Tanah dibuka kepada orang ramai sejak 13 Mac lalu

Menurut Malakat Mall lagi, para pelanggan tidak perlu bimbang dengan harga kerana harga yang ditawarkan sememangnya mampu milik dan berpatutan.

“Anda boleh datang terus ke Malakat Pharmacy di Aras 1 Malakat Mall Masjid Tanah untuk mendapatkan ubatan dan barangan yang diperlukan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here