Malaysia dapat tambahan 10,000 kuota haji

0
108
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Arab Saudi baru-baru ini dengan disambut oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman

RIYADH – Malaysia diberikan tambahan sebanyak 10,000 kuota rasmi haji untuk jemaah dari negara ini menunaikan rukun Islam kelima itu.

Perkara itu disampaikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mengadakan perjumpaan bersama Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman di Istana Yamamah, di sini.

“Kita sudah dapat keputusan baik persetujuan.

“Apabila keadaan (COVID-19) pulih sepenuhnya, kuota haji ditambah 10,000 daripada jumlah sedia ada,” katanya memetik laporan Astro Awani hari ini.

Ketika ini, kuota rasmi haji bagi jemaah Malaysia adalah 31,600 yang mana jumlah tersebut meningkat berbanding kuota 30,200 jemaah pada tahun sebelumnya.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, Putera Mahkota juga memaklumkan kota Mekah dan Madinah masih dalam proses pembesaran bagi membolehkan menambah lebih ramai jumlah jemaah haji dan umrah.

“Saya dimaklumkan Malaysia akan diberi perhatian utama dalam pertambahan jumlah jemaah,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here