Malaysia dapatkan lagi 32 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech

0
57
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin

CYBERJAYA – Perjanjian bagi mendapatkan tambahan sebanyak 32 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech bagi keperluan 50 peratus populasi rakyat Malaysia akan dimuktamadkan minggu ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, perjanjian tambahan bekalan itu akan ditandatangani oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba.

“Pada asalnya, penjanjian bekalan dengan Pfizer-BioNTech hanya 20 peratus dan ditingkatkan kepada 39 peratus sebelum dimuktamadkan kepada 50 peratus minggu ini.

“Pfizer juga menawarkan tambahan lagi 20 peratus bekalan vaksin kepada Malaysia namun, ia masih dalam rundingan untuk dipertimbangkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) hari ini.

Menurut Khairy, kerajaan juga kemungkinan besar akan mendapatkan bekalan vaksin daripada Amerika Syarikat, CanSino kerana ia pilihan lebih baik berbanding Johnson & Johnson.

“Kerajaan akan mempercepatkan kerjasama dengan pengeluar vaksin CanSino memandangkan ia vaksin satu dos dan tahap keberkesanannya sehingga 89.83 peratus berdasarkan ujian klinikal di United Kingdom,” katanya.

Dalam pada itu katanya, kerajaan juga dijangka akan menggugurkan vaksin Johnson & Johnson memandangkan pengeluarnya hanya mampu melakukan penghantaran pada suku keempat tahun ini.

Dalam perkembangan lain katanya, negara akan menerima penghantaran seterusnya bekalan vaksin Pfizer pada 11 Mac ini manakala bekalan vaksin Sinovac kan diterima pada 15 Mac ini membabitkan 100,000 dos dan 100,000 dos lagi pada 19 Mac ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here